Printed Bawal Safeena kod Athena antara salah satu design dalam Kuntum Edition. Hanya dua corak abstrak dalam edisi kalini, iaitu Athena dan Andrea. Athena ini menggunakan corak yang minimal dan kombinasi warna yang selamat, memudahkan untuk Si Pemakai menggayakan ke pejabat mahupun untuk kegunaan harian.
PRINTED BAWAL SAFEENA
Diperbuat daripada material Premium Cotton Voile yang begitu sinonim sebagai material yang halus, lembut dan sangat mudah dibentuk. Ia amat bersesuaian untuk dipakai dalam cuaca yang panas seperti di Malaysia. Selain coraknya yang menarik, keunikan Printed Bawal Safeena juga terletak pada setiap perincian ditudungnya.
Material : Premium Cotton Voile
Ukuran : 45" (115 x 115cm)
Jahitan : Baby seam
Perincian : Batu diamonds Metallic Grey yang berbeza saiz (SS10, SS16 dan SS30) dan huruf S dan E yang berwarna emas (akronim untuk Safeena Exclusive)
Label : Label acrylic SAFEENA EXCLUSIVE